Amanah Kedah lapor polis, Takiyuddin langgar titah Agong
Amanah Kedah lapor polis, Takiyuddin langgar titah Agong

Amanah Kedah lapor polis, Takiyuddin langgar titah Agong

Parti Amanah Negara Negeri Kedah semalam membuat laporan polis terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan susulan kenyataan Istana Negara  yang mengesahkan Ahli Parlimen Kota Bharu itu telah bertindak mengelirukan Dewan.

Ini susulan pengumuman menteri Pas itu pada 26 Julai lalu yang mendakwa enam Ordinan Darurat telah dibatalkan berkuakuasa 21 Julai sekaligus menyebabkan ianya tidak dapat dibahas di Parlimen.

Selain Takiyuddin, laporan polis turut dibuat terhadap Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Md Yasin, Speaker Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun dan Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun kerana mengambil tindakan yang membelakangkan titah Seri Paduka Yang Di-Pertuan Agong dan melanggar Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan.

Menurut Ahli Jawatankuasa Amanah Nasional, Ustaz Ridzwan Abu Bakar, kenyataan Takiyuddin di dewan rakyat itu menimbulkan keresahan dikalangan rakyat dan tindakan biadap terhadap Yang Dipertuan Agong. “Apa yang berlaku hari ini menunjukkan wajah sebenar Pas. Satu ketika dahulu mereka memomokkan ada pihak lain menyerang institusi diraja, tetapi hakikatnya hari ini kita nampak mereka telah mempergunakan segala-galanya, jual agama, jual (nama) tuhan, menjadikan seolah-olah tuhan bersama dengan mereka, jadi apalah sangat apabila mereka mempermainkan institusi diraja.” Beliau berkata demikian di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu selepas selesai membuat laporan polis bersama Amanah Kawasan Kubang Pasu.

Pemuda Amanah Sungai Petani selesai membuat laporan polis di IPD Kuala Muda

Sementara itu di Sungai Petani, Pemuda Amanah kawasan itu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda. Menurut Ahli Jawatankuasanya, Ahmad Hadi Waqiuddin Ahmad Hashril, laporan polis tersebut terpaksa dibuat setelah mendapati Takiyuddin menyatakan Ordinan-Ordinan Darurat telah ditamatkan tanpa pengetahuan Ahli Dewan dan juga Tuanku Sultan.

“Kami Pemuda AMANAH kawasan Sungai Petani mendapati Menteri Undang-Undang menderhaka kepada Tuanku Sultan setelah baginda menitahkan supaya kesemua Ahli Dewan membahas tentang ordinan tersebut, namun begitu beliau mendakwa ordinan telah ditamatkan, tanpa mendapat perkenan Tuanku Sultan. Sehubungan itu kami terpaksa membuat satu laporan polis keatas beliau setelah dia didapati menderhaka kepada titah Tuanku Sultan dan berharap pihak polis dapat menyiasat dan mengambil tindakan segera terhadap penderhakaan menteri tersebut.”

Mohd Ridzwan Arshad Ahmad mengetuai Pemuda Amanah Kedah membuat laporan polis di IPD Yan

Di Yan, Pengarah Mobilisasi AMANAH Kedah, Mohd Ridzwan Arshad Ahmad membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah itu jam 3.00 petang semalam menggesa pihak Polis Diraja Malaysia menyiasat dan mengambil tindakan terhadap Dato Takiyuddin Hassan terhadap isu ini yang menderhaka kepada Raja-Raja Melayu. “Tindakan Takiyuddin jelas menunjukkan sikap kebiadapan dan perderhakaan titah Seri Paduka Yang Di-Pertuan Agong yang mahu isu ini dibahaskan dan mendapat kelulusan parlimen. Menjunjung kasih atas sifat keprihatinan Seri Paduka Yang Di-Pertuan Agong terhadap kemelut yang sedang melanda negara ketika ini yang telah diprejudiskan dan dikhianati oleh Kerajaan Perikatan Nasional.”

Turut bersama membuat laporan polis semalam ialah Amanah Kawasan Sik, Kuala Kedah, Jerlun, Padang Serai dan Langkawi.

Amanah Kuala Kedah membuat laporan polis di IPD Kota Setar

 

Amanah Langkawi turut membuat laporan di Balai Polis Kuah

 

Amanah Padang Serai diketuai oleh Cikgu Razak Salleh membuat laporan di IPD Kulim

 

Amanah Kawasan Sik turut membuat laporan polis di IPD Sik

 

Ketua Pemuda Amanah Jerlun, Muain Ahmad Syukri mewakili Amanah kawasan itu membuat laporan di IPD Kubang Pasu

(Visited 62 times, 1 visits today)

COMMENTS