Flashmob Amanah Kedah sokong Agong

Flashmob Amanah Kedah sokong Agong

Parti Amanah Negara Kawasan Kuala Kedah semalam menganjurkan satu flashmob bagi menyatakan solidariti terhadap Yang Dipertuan Agong serta mendesak Perdana Menteri, Tan Sri Mahiaddin Md Yassin segera meletakkan jawatan diatas kegagalan kerajaan menghormati titah baginda tuanku untuk membahaskan Ordinan Darurat di Dewan Rakyat. Flashmob yang diketuai oleh ADUN Pengkalan Kundor, YB. Dato’ Dr Ismail Salleh itu berlangsung secara aman dengan dipantau oleh sepasukan anggota polis.

Untuk rekod, semasa hari pertama sidang khas parlimen pada 26 Julai lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Takiyuddin Hassan mengejutkan Dewan Rakyat apabila mengumumkan bahawa kabinet sudah bersetuju membatalkan enam ordinan darurat.

Kenyataan Ahli Parlimen Kota Bharu itu kemudian mengundang polemik perlembagaan di antara kuasa kabinet dan Agong. Istana Negara kemudiannya mengeluarkan kenyataan bagi memaklumkan rasa amat dukacita Agong terhadap cara ordinan darurat dibatalkan oleh kerajaan Perikatan Nasional.

Menurut kenyataan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Ahmad Fadil Shamsuddin, Agong juga amat kecewa apabila ordinan darurat itu tidak dibentang dan dibahaskan seperti dipersetujui Takiyuddin dan Peguam Negara Idrus Harun di hadapan baginda pada 24 Julai lalu sekaligus menunjukkan kebiadapan kerajaan terhadap baginda tuanku.

Amanah Jerai turut mengadakan flashmob di Pekan Guar Chempedak, semalam

Sementara itu di Yan, Amanah Kawasan Jerai turut mengadakan bantahan serupa diketuai oleh Pengarah Mobilisasi AMANAH Kedah, Ridzwan Arshad Ahmad. Antara sepanduk yang dinaikkan tertulis, “Kerajaan Gagal”, “Kembalikan Mandat Rakyat”, “Kerajaan PN Derhaka” dan “Daulat Tuanku”.

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )