Amanah Kedah sumbang saguhati kepada balu Allahyarham Adnan Saad
Amanah Kedah sumbang saguhati kepada balu Allahyarham Adnan Saad

Amanah Kedah sumbang saguhati kepada balu Allahyarham Adnan Saad

Kehilangan Pengarah Pilihanraya Amanah Kedah, Allahyarham Hj Adnan Saad terus dirasai apabila jawatankuasa pengurusan parti itu hari ini mengunjungi rumah balu Allahyarham di Jalan Putra, Alor Setar bagi menyampaikan sumbangan kepada keluarga beliau.

Pengerusi Amanah Negeri Kedah, Dato’ Ir Phahrolrazi Mohd Zawawi yang mewakili parti itu menyampaikan sumbangan berkenaan kepada balu Allahyarham, Puan Rohaya Wahab dalam satu majlis ringkas petang tadi. Amanah Kedah minggu lalu melancarkan kutipan dana khas untuk disumbangkan kepada keluarga Allahyarham bagi mengenang jasa dan pengorbanan beliau terhadap parti.

Pengerusi Amanah Negeri Kedah, Dato’ Ir Phahrolrazi Mohd Zawawi

Dato’ Ir Phahrolrazi dalam ucapan ringkasnya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada keluarga Allahyarham yang telah ‘meminjamkan’ beliau kepada parti. Semasa hayatnya, Allahyarham merupakan aktivis parti yang paling berdedikasi di dalam menjalankan tugasnya sebagai pengarah pilihanraya negeri.

Antara sumbangan besar beliau adalah mengetuai delegasi petugas Parti Amanah Negara Negeri Kedah dalam siri kempen pilihanraya negeri Melaka, Sarawak dan Johor disamping beberapa pilihanraya kecil sebelumnya.

Antara pimpinan Amanah Negeri Kedah yang turut hadir

Allahyarham Hj Adnan Saad yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Tetap Parti Amanah Negara menghembuskan nafas terakhir pada malam Aidilfitri lalu selepas terjatuh di perkarangan Masjid Zahir, Alor Setar ketika sedang menunggu giliran untuk menunaikan zakat fitrah dipercayai akibat serangan jantung.

(Visited 95 times, 1 visits today)

COMMENTS