AMANAH Negeri Kedah pantau penduduk terjejas banjir
AMANAH Negeri Kedah pantau penduduk terjejas banjir

AMANAH Negeri Kedah pantau penduduk terjejas banjir

ANAK BUKIT – Setiausaha Parti Amanah Negeri Kedah, YB Asmirul Anuar Aris hari ini bersama dengan Naib Ketua Amanah Kuala Kedah, Encik Firdaus Shater turun ke Kampung Alor Gonchar bagi memantau keadaan banjir yang melanda di sekitar DUN Anak Bukit pagi tadi.

Keadaan cuaca yang tidak menentu dengan hujan berturut-turut selama beberapa hari menyebabkan banyak rumah di kawasan Anak Bukit dinaiki air. Hal ini menyebabkan penduduk kampung tidak dapat meneruskan aktiviti seperti sediakala.

Sumbangan barangan keperluan dapur


Kehadiran YB Asmirul diiringi oleh ahli jawatankuasa Amanah DUN Anak Bukit bagi menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir sedikit sebanyak dapat meringankan beban penduduk yang terjejas.

Pihak Amanah DUN Anak Bukit sentiasa memberikan perhatian kepada penduduk setempat di musim banjir ini kerana beberapa kampung telah dikenalpasti kerap dinaiki air.

Parti Amanah Negeri Kedah antara yang terawal memberikan sumbangan kepada penduduk yang terjejas di beberapa buah kampung di Anak Bukit.

(Visited 34 times, 1 visits today)

COMMENTS