AMANAH pertaruh calon muda berusia 32 tahun pada PRN Johor
AMANAH pertaruh calon muda berusia 32 tahun pada PRN Johor

AMANAH pertaruh calon muda berusia 32 tahun pada PRN Johor

Amanah hari ini mengumumkan barisan calon bagi pilihan raya negeri (PRN) Johor termasuk di tiga kerusi yang dimenangi parti itu pada pilihan raya umum lalu sebelum penyandangnya menyertai PKR.

Setiausaha Pemuda Amanah, Asim Abdullah Ainullofti akan bertanding di Serom, Naib pengerusi Amanah Abdul Hamid Jamah akan bertanding di Senggarang manakala Muhammad Taqiuddin Cheman yang menang di Pulai Sebatang pada PRU 2018 akan dipindahkan ke kerusi Mahkota yang lebih berisiko.

Mereka menggantikan Khairuddin A Rahim (Senggarang), Muhamad Said Jonit (Mahkota), dan Faizul Amri Adnan (Serom) yang meninggalkan Amanah untuk menyertai PKR antara 2020 dan 2021.

Selain Asim di Serom dan Abdul Hami di Senggarang, parti itu meletakkan empat lagi muka baru pada PRN kali ini.

Mereka ialah Elia Nadira Sabudin di Bukit Pasir, Norazila Sanip di Penawar, Ahmad Daniel Shahrudin di Panti dan Rohani Banu Abd Rahman Krishnan di Kahang.

Calon termuda ialah Mohammad Fakhrulradzi Mahmud berusia 32 tahun yang bertanding di Endau manakala calon tertua ialah Mat Khairi Samsudin, 66 tahun yang akan bertanding di Sedili.

Enam daripada sembilan Adun Amanah dikekalkan, sama ada di kerusi sedia ada atau dipindahkan ke kerusi baru.

Barisan calon juga terdiri daripada empat wanita dan tiga pemuda.

Amanah akan bertanding sebanyak 16 kerusi selepas diperuntukkan semula beberapa kerusi daripada Bersatu, yang bukan lagi sebahagian daripada Pakatan Harapan.

Pada mulanya parti itu diperuntukkan 20 kerusi tetapi bersetuju menyerahkan empat kerusi – termasuk kerusi Puteri Wangsa kepada Muda. Terdapat sejumlah 56 kerusi di Johor.

Bekas speaker Johor, Suhaizan Kaiat yang sepatutnya mewakili Amanah di Puteri Wangsa, kini akan bertanding di kerusi yang lebih berisiko di Pulai Sebatang.

Senarai penuh calon Amanah adalah seperti berikut:

  1. Sulaiman Mohd Nor (Kemelah)
  2. Elia Nadira Sabudin (Bukit Pasir)
  3. Asim’ Abdullah Ainullotfi (Serom)
  4. Salahuddin Ayub (Simpang Jeram)
  5. Nor Hayati Bachok (Maharani)
  6. Aminolhuda Hassan (Parit Yaani)
  7. Abd Hamid Jamah ( Senggarang)
  8. Muhammad Taqiuddin Cheman (Mahkota)
  9. Rohani Banu Abd Rahman Krishnan (Kahang)
  10. Mohammad Fakhrulradzi Mahmud (Endau)
  11. Ahmad Daniel Shahrudin (Panti)
  12. Mat Khairi Samsudin (Sedili)
  13. Penawar (Norazila Sanip)
  14. Syed Othman Abdullah (Permas)
  15. Dzulkefly Ahmad (Kota Iskandar)
  16. Dzulkefly Ahmad (Pulai Sebatang)

(Visited 36 times, 1 visits today)

COMMENTS