AMANAH serah memorandum kepada Istana Negara desak RCI isu LCS
AMANAH serah memorandum kepada Istana Negara desak RCI isu LCS

AMANAH serah memorandum kepada Istana Negara desak RCI isu LCS

Amanah menyerahkan memorandum kepada Istana Negara bagi mendesak penubuhan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) bagi menyiasat kegagalan perolehan kapal tempur pesisir (LCS).

Memorandum itu diserahkan oleh Ketua Biro Mobilisasi Amanah Mohd Sany Hamzan susulan laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) sebelum ini.

Memorandum itu diserahkan kepada Ketua Komunikasi Korporat Istana Negara Muzli Mohd Zin kira-kira pukul 11 pagi tadi.

Laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mendedahkan perolehan enam buah kapal LCS bernilai RM9 bilion yang bermula pada 2011 tidak pernah siap walaupun RM6 bilion telah dibelanjakan.

AMANAH serah memorandum kepada Istana Negara desak RCI isu LCS

Malah, kosnya dikatakan meningkat RM1.4 bilion susulan keputusan Kementerian Pertahanan dan kontraktor Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) tidak mengendahkan pendirian tentera laut yang mahukan reka bentuk Sigma, yang lebih murah.

Bercakap selepas pemberita selepas itu, Sany berkata isu LCS telah menggusarkan rakyat.

“Ini sudah tentu membimbangkan dan mengusarkan rakyat kita kerana melibatkan soal berkaitan kedaulatan, pertahanan dan keselamatan negara.

“Ia menggunakan wang rakyat dan melibatkan institusi negara,” katanya.

Semalam, memorandum tuntutan sama dikemukakan oleh Bersatu, yang tidak sehaluan dengan BN tapi masih mendukung kerajaan, kepada Yang di-Pertuan Agong.

(Visited 79 times, 1 visits today)

COMMENTS