Amanah serah sumbangan zakat kepada penduduk Pendang

Amanah serah sumbangan zakat kepada penduduk Pendang

Pengerusi Amanah Negeri Kedah, YB. Dato’ Phahrolrazi Zawawi hari ini menyampaikan sumbangan zakat kepada penerima asnaf terpilih di daerah Pendang, petang ini.

Menurut Ketua Amanah Kawasan Pendang, Fadhlurrahman Zawawi, program sumbangan yang diadakan hari ini, adalah tanda solidariti Amanah Kawasan Pendang bersama rakyat dalam menghadapi kekangan ekonomi masa kini.

Ketua Amanah Kawasan Pendang, Fadhlurrahman Zawawi menyampaikan ucapan ringkas dalam majlis sumbangan zakat.

“Ini adalah tanda keprihatinan kita terhadap kesusahan rakyat. Diharap sumbangan yang kecil ini dapat meringankan beban mereka yang kurang berkemampuan dalam menghadapi Ramadhan kali ini dan juga sebagai persiapan menyambut hari raya yang bakal menjelang,” ujar beliau lagi.

Dalam program berkenaan, Dato’ Phahrolrazi juga turut mengedarkan buah kurma kepada penerima sebagai simbolik meraikan bulan Ramadhan kali ini. Turut hadir dalam majlis berkenaan, barisan Jawatankuasa Pimpinan Amanah Kawasan Pendang.

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )