Amaran ribut petir dikeluarkan di 7 negeri
Amaran ribut petir dikeluarkan di 7 negeri

Amaran ribut petir dikeluarkan di 7 negeri

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri.

Menurut Met Malaysia, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di beberapa tempat di Perak, Selangor, Sabah, Kelantan, Pahang, Negeri Sembilan dan Sarawak.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Perak (Kerian, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar dan Hilir Perak); Selangor (Klang dan Kuala Langat); Sabah: Pedalaman (Sipitang, Beaufort dan Tambunan) dan Pantai Barat (Papar, Penampang, Tuaran dan Kota Belud) sehingga 7 malam, Sabtu, 8 Januari.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Perak (Larut, Matang Dan Selama dan Batang Padang); Kelantan (Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang); Pahang (Jerantut, Maran, Kuantan dan Bera); Negeri Sembilan (Jempol dan Tampin) dan Sarawak: Limbang (Lawas) sehingga 6 petang; Sabtu, 8 Januari,” katanya.

Tambah Met Malaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” jelasnya.  – UTUSAN

(Visited 4 times, 1 visits today)

COMMENTS