ANAK-ANAK ADALAH PEWARIS NEGERI INI - DR SALMEE SAID
ANAK-ANAK ADALAH PEWARIS NEGERI INI – DR SALMEE SAID

ANAK-ANAK ADALAH PEWARIS NEGERI INI – DR SALMEE SAID

Firdaus Shater | 23 Februari 2020

YAN – Program Permata Kedahku siri yang kedua melabuhkan tirainya semalam dengan jayanya. Program kepimpinan pelajar yang dijalankan selama 3 hari 2 malam di Kem Kampung Acheh Management Center (KAMC), Yan dilihat memberikan impak kepada peserta yang hadir pada program kali ini.

Berucap merasmikan majlis penutup bagi Program Permata Kedahku peringkat Parlimen Jerlun, Dr Salmee Said menekankan kepada penghayatan agama dan sahsiah yang baik di dalam diri setiap peserta.

“Anak-anak adalah pewaris negeri Kedah ini pada masa hadapan. Jadi jagalah agama, akhlak dan juga diri masing-masing. Anak-anak perlu menghormati semua orang, bermula dari ibu bapa, guru-guru serta rakan-rakan, ini adalah kualiti seorang pemimpin yang baik. Pemimpin perlu mempunyai sahsiah dan keperibadian yang terpuji” ujar beliau di dalam ucapan perasmian penutup semalam.

Beliau juga menyatakan bahawa Kerajaan Negeri Kedah begitu komited dengan program-program pembangunan insan dan Permata Kedahku ini adalah sebahagian dari program pejabat EXCO Pembangunan Insan Negeri Kedah.

Majlis penutup semalam turut dihadiri oleh Pengerusi Akademi Kepimpinan Darul Aman iaitu Ustaz Ridzwan bin Abu Bakar. Beliau begitu teruja melihat semangat dan komitmen yang diberikan oleh setiap peserta bagi menjayakan program Permata Kedahku peringkat Parlimen Jerlun pada kali ini.

Program Permata Kedahku peringkat Parlimen Jerlun ini ditamatkan pada jam 12.30 tengah hari dengan jayanya.

(Visited 6 times, 1 visits today)

COMMENTS