Anjing gigit tangan bayi sehingga putus, pemilik hanya didenda RM1000

Anjing gigit tangan bayi sehingga putus, pemilik hanya didenda RM1000

Seorang pemasang jubin didenda RM1, 000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah kerana cuai
meninggalkan anjing peliharaannya sehingga menyebabkan tangan kanan seorang bayi perempuan digigit sehingga putus, September lalu.

Majistret Mazana Sinin menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Gan Tiong Guey, 41, yang membuat pengakuan itu sejurus
pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati dengan cuainya meninggalkan haiwan peliharaan iaitu seekor anjing dalam milikannya hingga menyebabkan kecederaan putus tangan kanan seorang bayi perempuan berusia tujuh hari, yang juga merupakan anak saudaranya.
– AlHijrah News.

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )