Anwar bidas Najib "Jangan dolak dalik lagi!,Saya bersedia berdebat"
Anwar bidas Najib “Jangan dolak dalik lagi!,Saya bersedia berdebat”

Anwar bidas Najib “Jangan dolak dalik lagi!,Saya bersedia berdebat”

Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata pihak Najib Razak tidak perlu “berdolak-dalik” lagi berhubung rancangan perdebatan mereka dalam isu Sapura Energy.

Anwar berkata, susulan cabaran daripada bekas perdana menteri itu, dia bersedia untuk berdebat pada bila-bila masa dan tanpa syarat.

“Najib mencabar saya dalam kenyataan (pada) awal Ramadan. Saya jawab ini Ramadan tapi oleh kerana sudah ada cabaran, saya bersedia di mana-mana ketika dan tanpa syarat.

“Sekarang dia (pihaknya) mengulas tidak wajar di bulan Ramadan, harus pada awal Syawal…Saya harap Najib jangan berdolak-dalik lagi. Dia cabar dan saya jawab, insya-Allah kita bertemu,” katanya menerusi video di Facebook, semalam.

Anwar juga berkata debat tersebut perlu diadakan secara terbuka dan disiarkan oleh beberapa media.

“Ia harus terbuka di medan dan diizinkan rakyat menonton. Jangan menyekat kebebasan media agar rakyat boleh menilai,” katanya lagi.

Terdahulu, Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkata Anwar bersedia untuk berdebat pada bila-bila masa, namun Ketua Penerangan BN Selangor Isham Jalil berkata ia tidak wajar diadakan ketika bulan puasa.

“Takkan nak mula debat semasa berpuasa atau selepas Tarawih dan habis tengah-tengah malam? Lepas habis bulan puasa, kita debatlah sepuas hati,” katanya.

Baca Juga:

Kem Najib susah hati jika debat Anwar vs Najib dilaksana pada Ramadan

(Visited 261 times, 1 visits today)

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )