Anwar menang tanpa bertanding, pertahan jawatan presiden PKR
Anwar menang tanpa bertanding, pertahan jawatan presiden PKR

Anwar menang tanpa bertanding, pertahan jawatan presiden PKR

Presiden PKR Anwar Ibrahim akan mempertahankan jawatannya untuk penggal 2022-2025.

Perkara itu dimaklumkan pejabat Anwar dalam kenyataan ringkas di Facebook.

“Beliau telah mengemukakan permohonan untuk bertanding menerusi aplikasi ADIL pada 12.14 tengah hari,” kata kenyataan itu.

Anwar memenangi jawatan presiden tanpa bertanding pada 2018 selepas dibebaskan dari penjara. Pada pemilihan lalu beliau mengambil alih jawatan itu daripada isterinya yang juga bekas timbalan perdana menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Setakat ini tidak ada pihak yang mengumumkan akan mencabarnya.

Kerusi tumpuan setakat ini adalah jawatan nombor dua yang akan ditandingi Naib Presiden Rafizi Ramli dan Setiausaha Agung Saifuddin Nasution.

Pemilihan PKR akan diadakan dari 13 hingga 18 Mei.

(Visited 57 times, 1 visits today)

COMMENTS