Apakah Sindiran Aidil Sharin ini buat ‘Tindakan’ Nafuzi Zain?

Apakah Sindiran Aidil Sharin ini buat ‘Tindakan’ Nafuzi Zain?

Aidil Sharin seakan-akan memberikan komentar terhadap tindakan Nafuzi Zain yang mengganggu perlawanan antara Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dan Terengganu FC.

Walaupun kurang jelas kepada siapa beliau tujukan komen tersebut, tetapi jika anda menyaksikan perlawanan malam tadi, mungkin anda bersetuju, ia mungkin dilontarkan kepada Nafuzi Zain. Dalam aksi malam tadi, Terengganu menang 2-1 ke atas Kedah.

Tegas Aidil Sharin walaupun menerima kekalahannya, “Selain itu, saya juga dapat lihat beberapa aksi yang tiada semangat kesukanan dalam dan luar padang. Ia sesuatu yang boleh merosakkan imej bola sepak Malaysia. Bola sepak adalah tentang sikap hormat. Anda tidak perlu bersikap keanak-anakan, walaupun anda menang atau kalah.”

Apa sebenarnya yang telah berlaku sehingga pengendali kelahiran Singapura itu tampak mengeluarkan kenyataan sinis tersebut? Ada dua situasi yang mungkin boleh kita lihat semula yang mungkin menjurus kepada komentar tersebut.

Baca Juga : ‘Kedah tidak patut kalah, saya yakin 100 peratus Kedah patut dapat penalti’

Pada minit ke-78, pemain sayap Terengganu, Faisal Halim telah dihadang oleh pemain tengah tuan rumah, Anumanthan Mohan sehingga terjatuh ke luar padang. Nafuzi Zain dilihat telah menolak pemain tersebut masuk ke dalam padang semula.

Ia menimbulkan situasi kurang enak kerana perlawanan boleh diteruskan sekiranya Faisal Halim kekal dirawat di luar padang dan ini menerima bantahan pemain Kedah.

Pada minit ke-86, Nafuzi Zain didapati melambung masuk bola ke dalam padang ketika Azamuddin Akil bersiap sedia untuk membuat lontaran ke dalam semasa Kedah dalam fasa menyerang. Nafuzi Zain telah dilayangkan kad kuning untuk tindakannya.

Mungkinkah dua tindakan ‘tiada semangat kesukanan’ ini yang dimaksudkan oleh Aidil Sharin, selain mungkin keputusan pengadil yang kurang memihak kepada skuadnya. Dua pemain Kedah dilayangkan kad merah menuju ke penghujung perlawanan.

Rodney Calvin dan Fadzrul Danel dilayangkan kad merah atas kekasaran yang telah dilakukan mereka dan beliau tiada masalah tentang itu. Beliau menyatakan mungkin beberapa keputusan pengadil yang menjadi punca kepada tindakan pemainnya.

“Jika anda tidak berlaku adil, para pemain akan mula hilang sabar dalam perlawanan, terutamanya dalam aksi berintensiti tinggi sebegini. Perkara yang sama berlaku dalam aksi JDT berdepan Perak. Saya harap ia akan ditambahbaik selepas ini,” ulasnya.

Mengulas mengenai sepakan penalti yang seharusnya Kedah dapati, beliau yakin yang bola tersebut terkena tangan pemain lawan. Ujarnya, “Saya yakin 100 peratus. Saya tidak katakan pengadil salah, tetapi saya telah melihat video [kejadian tersebut].”

“Ia sangat-sangat jelas dan mengecewakan. Mereka dapat penalti berpunca daripada perkara yang sama. Saya tidak tahu [kenapa]. Saya tidak mahu mengulas mengenai pengadil, jadi saya serahkan kepada bahagian pengadil untuk melihatnya,” ujarnya.-SemuanyaBola

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )