Argentina jumpa Brazil di final Copa Amerika sabtu ini

Argentina jumpa Brazil di final Copa Amerika sabtu ini

Penjaga gol Emiliano Martinez menyelamatkan tiga sepakan untuk memberikan kemenangan 3-2 kepada Argentina dalam penentuan penalti selepas terikat 1-1 dengan Colombia pada aksi separuh akhir Copa America.

Kemenangan itu membawa Argentina ke final bertemu tuan rumah Brazil di Stadium Maracana Sabtu ini.

Lautaro Martinez membuka jaringan untuk Argentina seawal minit ketujuh tetapi Colombia menyamakan kedudukan pada minit ke-61 menerusi Luis Diaz.

Dalam penentuan penalti, penjaga gol Argentina menyelamatkan sepakan Davinson Sanchez, Yerry Mina dan Edwin Cardona, manakala hanya Rodrigo De Paul gagal menyempurnakan sepakan untuk Argentina.

Brazil menewaskan Peru 1-0 Isnin lalu untuk menyaksikan pertembungan antara bintangnya Neymar dengan Lionel Messi dari Argentina. – AFP

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )