Askar ‘naik hantu’, tembak ibu mentua sebelum bunuh diri

Askar ‘naik hantu’, tembak ibu mentua sebelum bunuh diri

Seorang anggota tentera maut selepas bertindak menembak dirinya sendiri dalam kejadian amuk di Kampung Kolong, Sungai Tengah, Matang.

Dalam kejadian sekitar jam 12.45 tengah hari pada Rabu, suspek berusia 29 tahun yang berseragam lengkap dikatakan tiba di rumah mentuanya dan melepaskan beberapa das tembakan rambang menggunakan senjata api jenis M4 Carbine.

Tembakan itu turut terkena bahu kiri ibu mentuanya yang berusia lingkungan 50-an.

Suspek berpangkat Lans Koperal dan bertugas di Rejimen Sempadan ke-10 itu bertindak menembak kepalanya sendiri dan mati di tempat kejadian sementara ibu mentuanya yang cedera kini dirawat di Hospital Umum Sarawak (HUS).

Suspek meninggalkan balu berusia 22 tahun dan seorang anak perempuan, hasil perkahwinan mereka sejak dua tahun lepas.-AA

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (1 )