Asmirul Cabar MB Kedah Debat Live Bersama Mukhriz Dan Bashah
Asmirul Cabar MB Kedah Debat Live Bersama Mukhriz Dan Bashah

Asmirul Cabar MB Kedah Debat Live Bersama Mukhriz Dan Bashah

SANUSI: Semenjak bila belajar jadi takut untuk dedahkan nama?

Saya sebenarnya tidak mahu mengheret para pembaca terpalit di dalam kancah polimik tuduh menuduh yang berlaku di Baling baru-baru ini.

Apa yang disebut dengan nama “Tragedi Banjir Kepala Air Di Baling”. Namun ini adalah perkara serius yang harus dipandang berat oleh semua pihak. Demi generasi dan masa depan negara harus di ambil tauladan, peringatan serta tindakan undang-undang.

Jika tidak diselesaikan atau didedahkan dengan sewajarnya akan mengundang tragedi yang sama berulang lagi. Mungkin bukan hanya di Kedah sahaja malah boleh berlaku di negeri lain juga. Patah perkataan ‘nyawa rakyat menjadi korban’ adalah perkara yang perlu diambil serius. Harus diambil pertimbangan besar sebesar-besarnya.

Sebagaimana yang berlaku di Baling baru-baru ini, ianya telah mengundang bala bencana yang dahsyat serta meragut nyawa insan yang tidak berdosa. Apakah ini belum kira dianggap cukup serius?

Nyawa manusia dalam bahaya. Kehilangan orang yang tersayang tidak boleh dianggap enteng oleh semua pihak.

Apakah perlu YAB Menteri Besar Kedah menyebut “jangan paksa saya dedah semua nama!”. Kenapa tidak mahu dedahkan? Pemimpin harus berlaku adil meski pun jika terkena pada diri sendiri. Sebagaimana hadith Nabi SAW:

“Sesungguhnya yang telah membinasakan umat sebelum kalian adalah jika ada orang terhormat dan mulia di antara mereka mencuri, mereka tidak menghukumnya. Sebaliknya jika orang bawahan yang mencuri, mereka tegakkan hukuman terhadapnya. Demi Allah! bahkan seandainya Fatimah Puteri Muhammad mencuri, niscaya aku sendiri yang akan memotong tangannya!”.

Semenjak bila YAB Menteri Besar Kedah silu atau takut untuk menyebut nama-nama tersebut? Kenapa? Adakah mengundang campur tangan pihak berkepentingan setelah hampir dua tahun memerintah Kedah lantas terjadinya musibah itu di dalam tangan sendiri?

Semalam telah berlaku Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), namun malangnya isu terbabit yang sewajarnya dibincangkan dalam persidangan DUN telah ditolak oleh Speaker DUN setelah kami barisan pihak pembangkang membawa usul tergempar berkenaan. Kenapa? Adakah ini belum cukup serius untuk di bincangkan dalam Sidang DUN?

Sudahlah persidangan ini cuma di adakan cuma sehari, malangnya isu berkenaan pula di tolak oleh pihak Speaker. Adakah wajar untuk membincangkan pemasalahan rakyat negeri Kedah cuma di adakan hanya sehari Sidang DUN? Adakah pihak YAB sudah ketandusan idea untuk menjawab pelbagai persoalan yang kami ingin kemukakan?

Sehubungan dengan itu saya ingin menarik perhatian semua pihak agar dapat membantu memulihkan keyakinan rakyat tentang apa yang berlaku di Baling supaya dapat di jadikan pengajaran supaya di adakan:

1. Mengadakan Suruhanjaya Siasatan Di Raja. Kematian rakyat yang tidak berdosa kerana di sebabkan oleh kerakusan tangan – tangan manusia lalu ianya mengundang musibah tidak boleh di biarkan. Harus di bawa ketengah – tengah muka pengadilan untuk di adili. Ini paling penting untuk di lakukan tindakan segera.

2. Jika pihak YAB Menteri Kedah masih lagi berdalih dengan pelbagai alasan. Kami rakyat negeri Kedah ingin mendengar sendiri penjelasan atau debat secara LIVE oleh semua pihak Menteri Besar yang terlibat.

Datuk Seri Mukhriz telah pun menyatakan kesediaan untuk turut bersama dalam LIVE berkenaan. Sila jemput Datuk Seri Ahmad Bashah dan Datuk Seri Sanusi sendiri selaku Menteri Besar Kedah yang sedia ada sekarang serta mewakili Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan selaku Setiausaha Politik beliau pada ketika itu.

Mohon di siarkan secara langsung di kaca TV supaya rakyat jelata dapat menilai sendiri apa sebenarnya yang telah di lakukan oleh Menteri Besar – Menteri Besar berkenaan, mengenai isu ‘Ladang Durian Musang King di Gunung Inas’. Tolong jangan jawab kepada kami semua rakyat jelata, debat bukan budaya kita!

Sebagai pemimpin jalan penyelesaian tuntas haruslah di cari supaya memberi manfaat kepada semua pihak. Wajar menuntut kebenaran serta keadilan yang saksama agar dapat di jadikan pengajaran supaya kejadian yang sama tidak berulang lagi. Bukan hanya di Kedah malah perkara sebegini boleh berlaku di negeri-negeri lain juga di masa yang akan datang.

Pada hemat saya, segala yang berlaku hanya sanya kerakusan tangan – tangan manusia menerusi pengondolan hutan serta alam semulajadi.

(Visited 234 times, 2 visits today)

COMMENTS