Asmirul Desak MB Kedah Dedah Siapa EXCO Yang Disiasat SPRM Putrajaya
Asmirul Desak MB Kedah Dedah Siapa EXCO Yang Disiasat SPRM Putrajaya

Asmirul Desak MB Kedah Dedah Siapa EXCO Yang Disiasat SPRM Putrajaya

ALOR SETAR – Adun Kubang Rotan, Asmirul Anuar Aris hari ini memberi peringatan kepada Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Noor supaya tidak melindungi mana-mana anggota kerajaan pimpinan beliau yang terpalit dengan sebarang salah laku terutama sekali kesalahan yang melibatkan rasuah.

Asmirul mendesak Menteri Besar dari parti PAS itu segera membuat pendedahan siapakah EXCO yang dikatakan sedang disiasat oleh pihak SPRM Putrajaya.

MB Kedah itu sebelum ini dikatakan kerap menyalahkan pihak lain sekiranya terdapat sesuatu masalah yang melanda kerajaan pimpinan beliau. Beliau juga selalu menyalahkan pentadbiran kerajaan terdahulu walaupun ketika ini beliaulah yang mentadbir negeri Kedah.

Kesal dengan tindakan acuh tidak acuh dari MB Kedah itu, Asmirul hari ini menulis di Facebook beliau mengkritik dan mendesak MB Kedah itu supaya segera mengeluarkan kenyataan tidak akan melindungi mana-mana anggota kerajaan yang terpalit dengan sebarang isu salah laku ketika menjalankan tugas.

SIAPAKAH EXCO KEDAH YANG SEDANG HANGAT DI SIASAT OLEH SPRM PUTRAJAYA?

Tiada sesiapa pun akan di kira bersalah selagi tidak dijatuhkan hukuman oleh pihak Mahkamah. Namun inilah yang berlaku pada kerajaan Kedah pimpinan YAB MB Sanusi yang kerap kali menyalahkan pihak lain berhubung dengan sesuatu isu.

Selepas 2 tahun mentadbir negeri masih lagi menunding jari kepada pentadbir lama. Seolah hanya mahu tahu mencari kesalahan orang lain. Beliau hanya nampak kuman di seberang laut sedangkan gajah berdiri di hadapan mata di buat – buat tak nampak.

Jika benar YAB MB cakna dengan sebarang salah laku, apalah kiranya membuat kenyataan akhbar menafikan akan melindungi sebarang salah laku EXCO berkenaan dan akan terus memberikan ruang kerjasama yang seluas – luasnya kepada SPRM untuk menyiasat EXCO berkenaan. Apatah lagi mendedahkan nama EXCO berkenaan.

Sebagai contoh: “Pesalah tidak akan di lindungi! EXCO berkenaan akan di gantung tugas sehingga semua siasatan selesai. Beliau tidak di benarkan masuk ke dalam pejabat untuk bertugas”. Menjadi tulisan akhbar muka depan kenyataan MB sebagai misalannya!

Jadi eloklah MB sendiri menyahut seruan ini ketika rakyat Kedah hangat memperkatakan tentang ini. Jadilah pemberani bukan sekadar berani menuduh pihak lawan tetapi juga berani menyatakan kebenaran pada sesiapa sahaja. Bukan hanya berdegar pada orang lain tetapi diam menikus pada maslahah di depan mata..

Kita sama-sama tunggu episod seterusnya.. Siapakah EXCO yang di maksudkan? Apa isunya?

Asmirul Anuar Aris
Rakyat Kedah Darulaman

(Visited 699 times, 1 visits today)

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )