Aston Martin Bina Enjin Formula One sendiri
Aston Martin Bina Enjin Formula One sendiri

Aston Martin Bina Enjin Formula One sendiri

London:Aston Martin serius dengan cadangan membina enjin Formula Satu sendiri bermula 2026, menurut pemilik pasukan, Lawrence Stroll.

Pasukan yang berpangkalan di Silverstone itu yang turut membina kilang baharu dan menambah jumlah kakitangan,pada bulan lalu mengumumkan kerja sama jangka panjang dengan syarikat gergasi dari Arab Saudi, Aramco.

“Kami amat-amat serius,” kata bilionair dari Kanada, Stroll dalam sidang video ketika ditanya mengenai kemungkinan Aston menggunakan enjin sendiri apabila peraturan diubah dalam tempoh empat tahun lagi.

“Aramco dan saya membincangkan mengenai pengeluaran enjin kami sendiri untuk ’26. Peraturan akan berubah jadi, kami perlu ada pasukan yang mengkaji peluang itu.”

Pihak Formula one berkata, enjin 1.6 liter V6 akan kekal tetapi dengan lebih kuasa elektrik dan tanpa komponen MGU-H yang menghasilkam tenaga daripada kepanasan. Selain itu kos siling unit kuasa juga akan ditentukan.

Aston Martin yang menduduki tangga ketujuh keseluruhan sekarang menggunakan unit Mercedes dan mempunyai perancangan lima tahun untuk muncul pencabar kejohanan.

 

(Visited 25 times, 3 visits today)

COMMENTS