Atlet Pasangan Beregu Muda Negara mahu cipta impak di England
Atlet Pasangan Beregu Muda Negara mahu cipta impak di England

Atlet Pasangan Beregu Muda Negara mahu cipta impak di England

Pasangan beregu muda negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun tidak menaruh harapan tinggi pada penampilan pertama mereka di Seluruh England yang membuka tirainya hari ini.

Namun mereka mengharapkan keputusan positif dapat dicapai di dalam gelanggang terutama apabila diundi bertemu juara dunia dari Jepun Takuro Hoki-Yugo Kobayashi yang juga pilihan juara di Arena Birmingham kali ini.

Mengakui berdepan lawan sukar, Kai Wun, 22, tetap bersemangat untuk tampil bertenaga berdepan jaguh Jepun yang memilik empat kejuaraan sepanjang musim lalu.

“Saya sangat teruja beraksi di kejohanan Seluruh England yang pertama ini. Saya harap saya dapat belajar banyak daripada lawan. Jurulatih Flandy Limpele juga tidak memberikan tekanan kepada kami dan apa yang penting kami dapat beri yang terbaik di dalam gelanggang, itu yang penting,” kata Kai Wun.

Wei Chong-Kai Wun yang kini menghuni ranking ke-45 dunia sebelum ini berjaya muncul juara di Kejohanan Badminton Antarabangsa Syed Modi Super 300 Januari lalu.

Untuk rekod pasangan Jepun itu mencipta kejayaan bermakna apabila merangkul empat gelaran daripada enam kejohanan disertai.

Pada Disember lalu Hoki-Kobayashi menjadi juara dunia pertama dari Jepun dalam acara beregu lelaki di Huelva, Sepanyol.

Selain itu mereka turut memenangi Terbuka Denmark, Indonesia Masters dan Jelajah Akhir Dunia dan menjadi naib juara Terbuka Indonesia dan hanya tewas dua kali dalam 29 perlawanan sepanjang tempoh itu.

(Visited 16 times, 1 visits today)

COMMENTS