Awas Jangan tidur selepas sahur, boleh beri masalah pada Kesihatan

Awas Jangan tidur selepas sahur, boleh beri masalah pada Kesihatan

Saat bulan Ramadhan menjelma, seluruh umat Muslim di dunia akan menjalankan ibadah puasa. Salah satu hal yang perlu dilakukan sepanjang berpuasa adalah bangun sahur sebelum subuh.

Meskipun seksa juga sebenarnya nak bangun awal untuk bersahur kerana mengantuk, tetapi jangan sesekali tidur selepas sahur ya! Hal ini kerana, tidur selepas sahur mendatangkan bahaya kepada kesihatan.

5 Sebab Kenapa Anda TAK PATUT Tidur Selepas Sahur

#1 Pedih ulu hati
tidur selepas sahur, tidur setelah sahur, tidur lepas sahur, tidur setelah sahur menurut islam, tidur setelah makan sahur, tidur sesudah sahur, tidur setelah sahur tidak baik, tidur selepas sahur gemuk, tidur sebelum sahur, tidur setelah sahur bagi ibu hamil
Tidur selepas sahur akan menyebabkan pedih ulu hati. Hal ini kerana penghasilan asid yang berlebihan akan tersebar lalu tertolak naik ke dada anda.
Naiknya gas dan asid ini akan menyebabkan sendawa dan rasa pahit di sekitar mulut. Hal ini tentu sahaja tidak baik untuk kesihatan anda.

#2 Strok
Sebuah kajian mendapati tidur selepas sahur akan meningkatkan risiko strok. Penelitian ini dilakukan di Fakulti Kedoktoran Universiti Ioannina yang disertai hampir 500 orang.
250 peserta penelitian pernah mengalami strok sebelum ini. Sementara 250 orang lagi didiagonis dengan sakit yang disebut sebagai sindrom Koroner Akut.

Hasil penelitian mendapati, individu yang tidur selepas 4-5 jam makan memiliki risiko lebih rendah dari terkena strok. Teori ini mengaitkan asid dalam perut dengan sleep apnea yang boleh menyebabkan strok.
Jika tubuh lebih berusaha keras untuk mencerna makanan, maka ada kemungkinan terjadinya peningkatan tekanan darah, gula dalam darah, dan kadar kolestrol. Hal ini dapat meningkatkan risiko strok!

#3 Diabetes
tidur selepas sahur, tidur setelah sahur, tidur lepas sahur, tidur setelah sahur menurut islam, tidur setelah makan sahur, tidur sesudah sahur, tidur setelah sahur tidak baik, tidur selepas sahur gemuk, tidur sebelum sahur, tidur setelah sahur bagi ibu hamil
Terus tidur selepas sahur juga akan menyebabkan gula dalam darah naik di pagi hari.
Pilihan yang lebih tepat untuk mencegah gula dalam darah naik adalah dengan mengambil makanan kaya protein (telur, susu, daging, ikan) dan sumber karbohidrat kaya serat seperti gandum, beras merah, nasi jagung, kentang, dan ubi kayu.

#4 Gastroesophageal Reflux Disease (GERD)
Perbuatan tidur setelah sahur juga akan membuatkan anda berisiko alami gastroesophageal reflux disease (GERD). Hal ini menyebabkan makanan yang dicerna dalam perut naik ke kerongkong, dan asid perut muncul.
Malah, anda juga berisiko terkena masalah pencernaan! Hal ini kerana apabila tubuh tidak dalam posisi menegak, ia tidak dapat mencerna makanan dengan sempurna.

#5 Gangguan tidur
tidur selepas sahur, tidur setelah sahur, tidur lepas sahur, tidur setelah sahur menurut islam, tidur setelah makan sahur, tidur sesudah sahur, tidur setelah sahur tidak baik, tidur selepas sahur gemuk, tidur sebelum sahur, tidur setelah sahur bagi ibu hamil
Tidur setelah sahur sudah semestinya akan buat anda sakit dan kembung perut. Mana nak selesa jika nak tidur, kan?
Lebih-lebih lagi kalau anda baru saja makan makanan pedas dan berlemak!
Semoga bermanfaat! – Fadhila Auliya @ Asian Parent

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )