Azmeer umum sabar menunggu jendela perpindahan kedua dibuka
Azmeer umum sabar menunggu jendela perpindahan kedua dibuka

Azmeer umum sabar menunggu jendela perpindahan kedua dibuka

Bekas pemain pasukan BRM FC, Azmeer Yusof mendedahkan bahawa beliau kini sedang sabar menunggu jendela perpindahan kedua dibuka untuk kembali bersama pasukan baharu.

Azmeer, 31 merupakan pemain pertahanan kiri yang mempunyai pengalaman luas dalam bola sepak Malaysia. Beliau merupakan tonggak utama Kedah untuk dua musim iaitu pada musim 2016 dan musim 2019.

Azmeer ada memuat naik satu ‘post’ di laman instagram peribadi milik beliau dan berhasrat untuk kembali ke arena bola sepak negara.

Baca Juga : Azmeer Yusof Tarik Diri Tinggalkan BRM FC

Azmeer Yusoff sebelum ini mengejutkan dunia bola sepak tanah air selepas mengambil keputusan untuk meninggalkan pasukannya atas alasan komitmen peribadi yang tidak dapat dielakkan.

Selepas kekalahan besar tersebut, para penyokong BRM FC tercari-cari kelibat Azmeer bersama pasukan ketika hari perlawanan mahupun ketika menjalani latihan. Selepas beberapa minggu, barulah pihak pengurusan BRM FC menjelaskan mengenai ‘misteri’ kehilangan Azmeer bersama BRM FC.

Untuk rekod, Azmeer telah melakukan 6 penampilan bersama BRM FC dan aksi terakhir beliau adalah ketika BRM FC dibelasah juara bertahan Liga Super 8 kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan keputusan 10-0 dalam saingan Piala FA.-MB

Baca Juga :

[VIDEO] Pengadil ‘cap ayam’ bikin panas aksi Kedah-Sri Pahang?

(Visited 2,300 times, 1 visits today)

COMMENTS