Azmeer Yusof semakin hampir sertai Harini FT?
Azmeer Yusof semakin hampir sertai Harini FT?

Azmeer Yusof semakin hampir sertai Harini FT?

Bekas pemain pertahanan Kedah FC, Azmeer Yusof dikhabarkan semakin hampir menyertai Harini Football Team dan akan sertai pasukan tersebut setelah beliau bertindak untuk meninggalkan pasukannya Budak Rumah Murah (BRMFC) kerana komitmen peribadi yang tidak dapat dielakkan dulu.

Kredit malayantigerfans

Azmeer, 31, pernah beraksi bersama beberapa pasukan di Liga Super seperti Kedah, Kuala Lumpur dan Selangor sebelum kembali ke Liga M3 menyertai pasukan BRM FC pada hujung tahun lepas.

Baca Juga : Azmeer Yusof Tarik Diri Tinggalkan BRM FC

Namun Bekas pemain pasukan BRM FC itu, Azmeer Yusof juga mendedahkan bahawa beliau kini sedang sabar menunggu jendela perpindahan kedua dibuka untuk kembali bersama pasukan baharu.

Beliau merupakan pemain pertahanan kiri yang mempunyai pengalaman luas dalam bola sepak Malaysia. Beliau merupakan tonggak utama Kedah untuk dua musim iaitu pada musim 2016 dan musim 2019.

Baca Juga : Azmeer umum sabar menunggu jendela perpindahan kedua dibuka

Untuk rekod, Azmeer telah membuat enam penampilan bersama BRM FC dan aksi terakhir beliau adalah ketika BRM FC dibelasah pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) , dengan jaringan 10-0 dalam saingan Piala FA.

Baca Juga :

Quang Hai nak mai Kedah DA FC ganti Buschening?

3 sebab ‘Pak Ngah’, penyerang yang ‘hilang’?

(Visited 376 times, 1 visits today)

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )