Azmeer Yusof Tarik Diri Tinggalkan BRM FC
Azmeer Yusof Tarik Diri Tinggalkan BRM FC

Azmeer Yusof Tarik Diri Tinggalkan BRM FC

Bekas pemain pertahanan Kedah FC, Azmeer Yusoff bertindak untuk meninggalkan pasukannya Budak Rumah Murah (BRMFC) kerana komitmen peribadi yang tidak dapat dielakkan.

Terdahulu, Azmeer juga pernah beraksi bersama beberapa pasukan di Liga Super seperti Kedah, Kuala Lumpur dan Selangor sebelum kembali ke Liga M3 menyertai pasukan BRM FC pada hujung tahun lepas.

Difahamkan, rakan sepasukannya yang juga bekas pemain Kedah FC iaitu Fitri Omar turut mengabil keputusan yang sama meninggalkan BRM FC atas faktor tertentu seperti yang dinyatakan wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal.

Untuk rekod, Azmeer membuat penampilan sebanyak 6 perlawanan bersama BRM FC dan kali terakhirnya beliau beraksi adalah ketika BRM FC tewas dengan jaringan yang besar menentang Johor Darul Ta’zim dalam saingan Piala FA.

(Visited 88 times, 1 visits today)

COMMENTS