Azraai Khor terkejut lihat Kedah DA FC hanya ada 1 'ubi'
Azraai Khor terkejut lihat Kedah DA FC hanya ada 1 ‘ubi’

Azraai Khor terkejut lihat Kedah DA FC hanya ada 1 ‘ubi’

Bekas jurulatih yang julang kejuaraan ‘double treble’ bersama pasukan Kedah, Muhammad Azraai Khor Bin Abdullah meluahkan rasa terkejutnya setelah melihat senarai panggilan 31 pemain bawah 23 tahun ke kem latihan menjelang Sukan Sea 2021 di Vietnam.

Jurulatih berpengalaman, Mohd Azraai Khor Abdullah terkejut Kedah Hanya Ada Satu ‘Ubi’

Beliau tertanya-tanya mengenai ‘ubi-ubi’ muda Kedah selepas hanya seorang sahaja pemain Kedah Darul Aman FC dipanggil iaitu Aiman Afif, 21 tahun.

Facebook Azraai Khor

Insiden itu merisaukan Azraai yang semestinya hendak melihat lebih ramai pemain muda Kedah terpilih. Kendatipun, segelintir ‘followers’ Facebook beliau kebanyakannya mengaitkan perkara itu dengan sistem pembangunan di Kedah.

Baca Juga : Quang Hai nak mai Kedah DA FC ganti Buschening?

Baca Juga : Tan Cheng Hoe umum bimbing Melaka United?

Salah seorang penyokong mendedahkan sejak setahun dua kebelakangan ini, pemain muda Kedah dilihat kurang mendapat pendedahan bola sepak dan minit permainan serta Aiman Afif yang terpilih ke panggilan kali ini juga sukar untuk menembusi kesebelasan utama pasukan Liga Super Kedah.

Azraai dilihat bersetuju dengan komen tersebut. Untuk rekod, Aiman Afif hanya turun sekali sahaja musim ini iaitu untuk saingan Piala FA menentang KSR Sains. Beliau masih belum dapat membuat penampilan sulungnya dalam saingan Liga Super.

Azraai menyetujui komen pengikutnya.

(Visited 4,387 times, 1 visits today)

COMMENTS