Babak Neraka dalam 18 Puasa Di Kampong Pisang bikin kontroversi?

Babak Neraka dalam 18 Puasa Di Kampong Pisang bikin kontroversi?

Filem terbaru Mamat Khalid, 18 Puasa di Kampong Pisang kini sudah mencatat kutipan yang cukup memberansangkan walaupun hanya ditayangkan di AstroFirst. Dalam masa enam hari sahaja, filem tersebut berjaya mengutip sebanyak RM3 juta. Sesuatu yang sukar berlaku untuk sebuah filem tayangan Astro First.

Filem ini tidak lari dari terpalit kontroversi apabila memaparkan adegan ‘neraka’ yang tidak pernah ada dalam mana-mana filem Malaysia.

Penceramah Bebas dan juga pelakon ‘cameo’ dalam filem 18 Puasa, Ustaz Kazim Elias tampil memberi penjelasan dalam laman sosialnya mengenai babak neraka yang digambarkan dalam filem 18 Puasa tersebut. Beliau meminta penonton supaya tonton filem tersebut dengan memahami apakah betul isi dalam neraka dan keadaan sebenar dalam neraka itu.

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )