Baddrol Bakhtiar luah rasa rindu pada Kedah?
Baddrol Bakhtiar luah rasa rindu pada Kedah?

Baddrol Bakhtiar luah rasa rindu pada Kedah?

KERINDUAN Baddrol Bakhtiar terhadap pasukan lamanya, Kedah Darul Aman FC (KDA FC) nampaknya masih menggunung walaupun sudah tidak bersama pasukan itu.

Malah, dalam satu sesi temu bual bersama Baddrol selepas perlawanan menentang Penang FC pada Selasa, penyerang Sabah FC itu telah tersalah sebut nama pasukannya kini kepada Kedah.

Baca Juga: Tak jadi singkir, Buschening dijangka kembali lebih awal perkuat Kedah?

Dalam perlawanan itu, pemain berusia 34 tahun itu menjaringkan dua gol termasuk gol cantik ‘overhead kick’ untuk membantu Sabah FC menundukkan Penang FC dengan keputusan 4-2.

Bekas pemain Kedah Darul Aman FC, Baddrol Bakhtiar

“Sasaran saya malam ini adalah untuk menjaringkan gol untuk dihadiahkan kepada anak dan isteri yang sanggup datang dan memberi kata-kata semangat kepada saya.

“Satu lagi matlamat saya pada malam ini adalah untuk menjaringkan gol dan memastikan Kedah, err Sabah, berada di kedudukan nombor dua,” katanya.

Untuk rekod, Sabah FC adalah pasukan kedua Baddrol selepas beraksi bersama Kedah sejak 2005.

Malah, penyokong KDA FC juga sehingga kini masih lagi merasakan kehilangan bekas kapten skuad Sang Kenari itu selepas dia memilih untuk berhijrah bersama The Rhinos.

@pendekarmustar691 #gol #kedah#badrolbakhtiar #sabah #badrolbakhtiar7 ♬ bunyi asal – pendekarmustar691

Baca Juga: Punca Kenapa Kim Pan Goon panggil semula ‘lejen’ De Paula

Baca Juga: Kedah mahu sambar 5 pemain baru-Aidil

(Visited 1,661 times, 1 visits today)

COMMENTS