Banjir di Kedah : 74 mangsa babitkan 18 keluarga dipindahkan ke dua PPS
Banjir di Kedah : 74 mangsa babitkan 18 keluarga dipindahkan ke dua PPS

Banjir di Kedah : 74 mangsa babitkan 18 keluarga dipindahkan ke dua PPS

Seramai 74 mangsa membabitkan 18 keluarga dipindahkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) selepas kampung mereka dilanda banjir setakat petang ini.

Penyelaras Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Kedah, Kapten (PA) Saifuddin Abdullah berkata, dua PPS yang dibuka itu adalah di Sekolah Kebangsaan Malau di Kubang Pasu dan di surau Kampung Permatang Limau, Pokok Sena.

Katanya, di Sekolah Kebangsaan Malau terdapat 15 keluarga yang membabitkan 62 ahli keluarga dan pusat pemindahan sementara itu dibuka sejak pukul 8 malam semalam.

“Di Kubang Pasu, paras air semakin surut dan bagaimanapun masih dalam keadaan berjaga-jaga berikutan ramalan hujan yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia.

“Bagi kawasan Pokok Sena pula terdapat tiga keluarga yang membabitkan 12 orang yang dipindahkan hari ini,” katanya di sini hari ini.

– UTUSAN ONLINE

(Visited 25 times, 1 visits today)

COMMENTS