Bank Islam Tawar Program Prihatin Bagi Membantu Mangsa Banjir

Bank Islam Tawar Program Prihatin Bagi Membantu Mangsa Banjir

Peka dengan keadaan banjir, Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) menawarkan Program Prihatin khusus bagi membantu pelanggan
pembiayaan yang terjejas akibat bencana banjir.

Program ini bertujuan meringankan beban kewangan mangsa banjir, pelanggan di bawah kemudahan Pembiayaan Rumah, Pembiayaan
Peribadi dan Pembiayaan Kenderaan Bank Islam.

Baca Artikel Menarik : Budak 5 Tahun Positif Covid-19 Sempat Pesan Kepada Ibu Jaga Diri

Baca Juga : Sharifah Shahira Beri Sumbangan Bra, Pakaian Dalam Buat Mangsa Banjir

Mereka yang layak boleh memohon moratorium sehingga enam bulan bagi bayaran komitmen bulanan mereka tertakluk kepada syarat yang sudah ditetapkan.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Mohd Muazzam Mohamed berkata, Bank Islam sentiasa meneliti perkembangan terkini bencana banjir di kawasan yang terjejas dan akan mengambil langkah proaktif membantu pelanggan yang terjejas ekoran bencana berkenaan.

“Kami sedar kesulitan yang dihadapi pelanggan dalam menangani situasi semasa, khususnya dengan keadaan banjir yang buruk serta pandemik Covid-19 yang masih melanda negara.

“Ini kerana kesejahteraan masyarakat dan pelanggan Bank sentiasa menjadi keutamaan kami.

“Kami berharap program ini dapat bantu melegakan kebimbangan mereka terhadap komitmen kewangan di waktu yang sungguh mencabar ini.

“Kami komited membantu dan menyokong negeri yang terjejas dalam memastikan kebajikan dan kepentingan rakyat terjamin,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Pelanggan boleh membuat panggilan kepada Pusat Panggilan Bank Islam di nombor 03-2690 0900 untuk sebarang pertanyaan atau maklumat mengenai Program Prihatin Bank Islam.

Permohonan bagi moratorium di bawah Program Prihatin ini boleh dibuat di cawangan Bank Islam terdekat

Sumber Artikel

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )