'Bantal busuk adik' jadi pengubat rindu dan peneman - Norlida
‘Bantal busuk adik’ jadi pengubat rindu dan peneman – Norlida

‘Bantal busuk adik’ jadi pengubat rindu dan peneman – Norlida

Bantal busuk milik arwah anak angkatnya menjadi pengganti untuk Norlida Abu Hassan melepaskan rindu.

Wanita berusia 48 tahun itu berkata, dia menyimpan bantal arwah yang dipanggil adik ketika mengambilnya untuk dibawa ke Makkah sewaktu menunaikan umrah pada 2019.

Baca Juga : Kes dera : Polis sahkan ibu kandung pernah menerima rawatan psikiatri

Baca Juga : Jiran kerap dengar tangisan kanak-kanak, sedih mengenangkan mangsa

“Adik kata kepada saya ‘umi bawalah bantal dia’ dan apabila di Makkah ketika saya rindukan dia, saya akan peluk dan cium
bantal itu sebelum tidur.

“Kini bantal itulah yang menjadi peneman saya. Setiap kali rindukan dia, saya akan dakap bantalnya,” katanya ketika ditemui
di Jabatan Forensik Hospital Melaka di sini, hari ini.

Norlida berkata, dia membelikan bantal itu ketika mula-mula menjaga arwah pada usianya dua bulan dan menjadi bantal busuk kesayangan.

Sementara itu, suami Norlida, Md Tarmidi Yaaccob, 52, berkata, keluarganya masih berbincang dengan keluarga arwah untuk
membawa jenazah bagi dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Beruntung, Rawang, Selangor.

Katanya, dia ada berjumpa ibu kandung arwah serta keluarganya yang lain untuk membincangkan hal itu namun belum ada keputusan.

“Kami merayu kepada mereka supaya benarkan jenazah dikebumikan di Rawang. Pada dasarnya mereka tidak bersetuju, namun kami tidak putus harapan untuk terus merayu selain meminta kerjasama polis.

“Walaupun keluarga kandung mempunyai hak tetapi atas rasa simpati dan prihatin kepada kami yang menjaganya sejak kecil, izinkanlah kami mengebumikan jenazah di tempat kami,” katanya.

Sumber Artikel

(Visited 3 times, 1 visits today)

COMMENTS