BANTUAN BARANGAN KEPERLUAN DI DUN PENGKALAN KUNDOR MEMASUKI FASA KEDUA.
BANTUAN BARANGAN KEPERLUAN DI DUN PENGKALAN KUNDOR MEMASUKI FASA KEDUA.

BANTUAN BARANGAN KEPERLUAN DI DUN PENGKALAN KUNDOR MEMASUKI FASA KEDUA.

ALOR SETAR – Sebanyak 2500 keluarga di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri ( DUN) Pengkalan Kundor dekat sini menerima bantuan bekalan makanan bagi membantu meringankan beban ditanggung di sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac yang lalu.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Agama, Pembangunan Luar Bandar, dan Syarikat Berkaitan Kerajaan, Dato’ Dr Ismail Salleh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kundor berkata bekalan makanan bagi dun ini akan diagihkan menerusi kupon belian.

“Dalam fasa pertama, kami mengumpul senarai nama mereka yang menerima bantuan secara atas talian dengan bantuan MPKK serta wakil taman.”

“Untuk fasa yang kedua pula, kami menggunakan mekanisma yang sama seperti fasa yang pertama selain talian ‘hotline’ seperti yang tertera di infografik ,” katanya.

Ismail menambah, beliau memperkenalkan konsep kupon kepada penerima kerana ingin mengurangkan pergerakan penduduk di Dun ini dan mereka dapat terus berada di kediaman masing-masing.

“Hanya ketua keluarga yang boleh untuk keluar menebus kupon yg diberikan.Jadi mereka tidak perlu merisikokan diri untuk keluar dan berhimpum bagi mendapatkan bantuan.”

“Agihan dilakukan melalui empat buah pasaraya yang berada dalam Dun ini.”

Baru-baru ini,Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan sebanyak RM 100,0000.00 untuk bantuan barangan makanan bagi rakyat yang terputus bekalan menerusi Pusat khidmat dan Penyelaras Dun dalam negeri Kedah.

(Visited 2 times, 1 visits today)

COMMENTS