BANTUAN BARANGAN KEPERLUAN DI DUN SUKA MENANTI MEMASUKI FASA KETIGA.
BANTUAN BARANGAN KEPERLUAN DI DUN SUKA MENANTI MEMASUKI FASA KETIGA.

BANTUAN BARANGAN KEPERLUAN DI DUN SUKA MENANTI MEMASUKI FASA KETIGA.

ALOR SETAR – Sebanyak 500 keluarga di Flat Seri Gemilang dekat sini menerima bantuan bekalan makanan bagi membantu meringankan beban ditanggung di sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 April lalu.

Bekalan makanan itu disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Tenaga, Bekalan Air dan Sumber Air, Dato Ir. Zamri Yusuf yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Suka Menanti.

Menurutnya, pemberian sumbangan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu sudah memasuki fasa ketiga dengan fasa pertama sebelum ini melibatkan 1,200 keluarga dan fasa kedua sebanyak 800 keluarga.

“Dalam fasa pertama, kami mengumpul senarai nama mereka yang menerima bantuan secara atas talian dengan bantuan ketua kampung serta wakil taman.

“Bagi fasa kedua pula, kami mengumpulkan kira-kira 800 nama menerusi media sosial seperti Facebook selain talian ‘hotline’. Antara kawasan yang telah menerima manfaat adalah Taman Seri Mentaloon dan Taman Utama,” katanya

Beliau ditemui selepas menyampaikan sumbangan tersebut petang tadi bersama Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pelancongan, Seni dan Budaya dan Pembangunan Usahawan Negeri, Mohd Asmirul Anuar Aris.

Zamri menambah, beliau memperkenalkan konsep pemberian sumbangan secara pandu lalu terutamanya di kawasan taman supaya penduduk dapat terus berada di kediaman masing-masing.

“Jadi mereka tidak perlu merisikokan diri untuk keluar dan berhimpun bagi mendapatkan bantuan,” katanya.

Esok bantuan serupa akan diserahkan pula di Taman Wira.

(Visited 3 times, 1 visits today)

COMMENTS