BANTUAN KERAJAAN NEGERI TELAH MULA SAMPAI KEPADA RAKYAT YANG MEMERLUKAN
BANTUAN KERAJAAN NEGERI TELAH MULA SAMPAI KEPADA RAKYAT YANG MEMERLUKAN

BANTUAN KERAJAAN NEGERI TELAH MULA SAMPAI KEPADA RAKYAT YANG MEMERLUKAN

Malaysia berada diambang krisis yang besar apabila penyebaran COVID-19 telah tersebar dengan meluas dikalangan rakyat Malaysia.

Untuk mengekang keadaan ini, Kerajaan Malaysia telah mengambil tindakan dengan mengumumkan ‘Perintah Kawalan Pergerakan’ diseluruh negara. Sudah tentu apabila arahan ini dikeluarkan, ramai rakyat yang merasai kesannya, lebih-lebih lagi pada mereka yang hilang mata pencarian akibat tidak dapat berniaga, tiada gaji harian serta golongan asnaf.

Atas sebab demikian, Kerajaan Negeri Kedah telah mengambil inisiatif untuk membantu rakyat yang terkesan dengan keadaan ini. Mungkin bantuan ini tidak dapat menampung keseluruhan kesusahan yang dihadapi, tetapi sedikit sebanyak ianya dapat meringankan bebanan yang mereka tanggung.

YAB Menteri Besar Kedah telah mengumumkan bantuan pada rakyat Kedah yang disalurkan mengikut DUN. Setiap DUN diperuntukan RM100,000 bagi membeli barangan keperluan asas.

Peruntukan ini diberi kepada Pejabat ADUN dan Penyelaras DUN melaui Exco Angkat masing-masing meliputi 36 DUN Kedah. MPKK pula akan mengesan rakyat yang memerlukan bantuan dan membuat pengagihan secara berperingkat.

Kerajaan Negeri sedaya upaya akan meringankan beban rakyat dan MPKK akan memastikan barangan diagihkan ini benar-benar sampai pada mereka yang layak.

Terima kasih kepada semua Exco,ADUN, Penyelaras DUN, MPKK serta para petugas di lapangan yang telah menjalankan kerja murni ini, walaupun berisiko akan tetapi digagahi demi rakyat dan negara amanah yang diberikan.
Hanya Tuhan sajalah yang dapat membalasnya.

#StayHomeStaySafe
#KedahBantuRakyat
#NegeriPrihatin
#COVID19
#KedahAmanMakmur

(Visited 3 times, 1 visits today)

COMMENTS