Bapa mengaku rogol, sumbang mahram dengan anak perempuan
Bapa mengaku rogol, sumbang mahram dengan anak perempuan

Bapa mengaku rogol, sumbang mahram dengan anak perempuan

Seorang pengait sawit mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini, hari ini, atas empat pertuduhan iaitu merogol dan melakukan sumbang mahram dengan anak kandung sendiri pada Oktober 2021 dan Januari lalu.

Tertuduh berusia 41 tahun itu membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa merogol anak perempuannya berusia 15 tahun lima bulan yang mana hubungan itu tidak dibenarkan mengikut undang-undang, hukum agama, adat, kebiasaan yang terpakai untuknya berkahwin.

Perbuatan terkutuk itu didakwa dilakukan di kebun kelapa sawit di Kampung Parit Putat Benteng, Sungai Rambai, Jasin pada 20 Januari lalu, kira-kira 9 malam.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan kerana merogol dan sabit kesalahan boleh dipenjara tidak kurang 10 tahun dan maksimum 30 tahun serta sebatan.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa dengan sengaja melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa yang juga anak sulung daripada empat beradik bagi tujuan seksual pada masa, tarikh dan tempat sama.

Pendakwaan terhadap tertuduh dikemukakan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTK) 2017 dibaca bersama Seksyen 16 (1) akta sama.

Sabit kesalahan, Seksyen 14 (a) AKSTK 2017 memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat, manakala Seksyen 16 (1) akta sama, membawa hukuman maksimum lima tahun dan tidak kurang dua sebatan.

Bagi dua lagi pertuduhan dia yang tidak diwakili peguam didakwa merogol dan melakukan amang seksual terhadap anak kandungnya itu di sebuah rumah di kampung sama pada 18 Oktober 2021, kira-kira jam 8.30 pagi.

Timbalan Pendakwa Raya Intan Lyiana Zainal Abidin yang menjalankan pendakwaan tidak menawarkan sebarang jaminan kepada tertuduh.

“Bagaimanapun jika mahkamah menggunakan budi bicara untuk memberi jaminan, pendakwaan mencadangkan RM50,000 dengan seorang penjamin,” katanya.

Baca Juga :

Bapa rogol anak berusia 8 tahun hingga meninggal dunia

Pelajar dihukum, buat laporan palsu dirogol lelaki Afrika

(Visited 117 times, 1 visits today)

COMMENTS