Bapa tiri rogol anak tiri masa PKPD
Bapa tiri rogol anak tiri masa PKPD

Bapa tiri rogol anak tiri masa PKPD

Seorang bapa tiri yang didakwa merogol anak tirinya semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), telah ditangkap selepas mangsa memberitahu hal itu kepada guru kaunseling di sekolahnya pada 14 September lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Nik Ezanee Mohd Faisal berkata polis menahan lelaki berusia 41 tahun itu pada hari Rabu, sehari selepas laporan polis dibuat.

“Pada 15 September, Selasa jam lebih kurang 11.26 pagi, pihak polis daerah Petaling Jaya telah menerima satu laporan polis dari seorang perempuan warganegara tempatan berusia 16 tahun mengenai kejadian dirogol oleh bapa tirinya beberapa kali bermula tahun 2019 dan seterusnya pada bulan Mac hingga Jun 2020 ketika PKPD dilaksanakan di sebuah rumah di Petaling Jaya, Selangor.

“Mangsa telah mengalami trauma dan kemurungan akibat kejadian yang berlaku dan menyebabkan mangsa berasa takut untuk menceritakan mengenai kejadian tersebut kepada ibunya,” katanya pada suatu kenyataan hari ini.null

Laporan polis dibuat pada 15 September.

Nik Ezanee berkata bapa tiri itu direman selama tujuh hari dan disiasat di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan.

Seksyen 376B berkaitan kesalahan sumbang mahram, jika sabit kesalahan membawa hukuman antara 10 hingga 30 tahun penjara dan sebatan.

Nik Ezanee berkata polis juga telah memanggil beberapa individu untuk membantu siasatan.

“Mangsa juga telah dirujuk ke sebuah hospital untuk pemeriksaan perubatan,” katanya.

Nik Ezanee berkata orang ramai yang mempunya maklumat berkaitan kes ini boleh menghubungi 03-79662222.

Berita Penuh : Malaysiakini

(Visited 37 times, 1 visits today)

COMMENTS