"Bawa Isu Ini Ke Mahkamah Sebagai Jalan Terakhir"- Sanusi
“Bawa Isu Ini Ke Mahkamah Sebagai Jalan Terakhir”- Sanusi

“Bawa Isu Ini Ke Mahkamah Sebagai Jalan Terakhir”- Sanusi

Kerajaan negeri akan mengambil tindakan mahkamah bagi menuntut bayaran caj air mentah sekiranya masalah rundingan
dengan Pulau Pinang menemui jalan buntu.

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor, berkata tindakan itu adalah jalan terakhir yang akan dilakukan, namun pihaknya
masih berharap Pulau Pinang bersedia mengadakan rundingan bagi menyelesaikan isu tuntutan berkenaan dengan lebih baik.

“Buat masa ini, kita pilih cara berunding dulu, kerajaan Kedah dengan kerajaan Pulau Pinang, kita sama-sama dalam Malaysia,
nak keras tara (setakat) mana sangat.

“Tetapi, sekiranya menemui jalan buntu, isu ini boleh dibawa ke mahkamah dan itu adalah jalan terakhir yang akan diambil oleh kerajaan negeri,” Kata Muhammad Sanusi.

Baca Juga : “Orang Kedah mesti kena loqlaq”- YAB SANUSI

Berbincang dengan lebih lanjut, Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi berkata Pulau Pinang seharusnya bersikap lebih terbuka untuk berunding
kerana Pulau Pinang Juga sebahagian dari Kedah pada waktu dulu.

“Dulu kalau Pulau Pinang dalam Kedah, bangunan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di Georgetown itu hanya Pegawai Daerah (DO) saja yang duduk, tak ada Ketua Menteri Pulau Pinang, Timbalan Ketua Menteri I, Timbalan Ketua Menteri II,” Kata Muhammad Sanusi.

Kerajaan Kedah sebelum ini menuntut Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) menjelaskan bayaran sumber air mentah sebanyak RM50 juta setahun sejak 2010 namun tiada sebarang maklum balas dibuat oleh perbadanan itu- Bernama

Baca Juga : “Nak guna, bayar la” – MB Kedah

(Visited 3 times, 1 visits today)

COMMENTS