Bayaran khas tunai COVID-19 dibayar secara berperingkat bermula 13 Mei ini - Mukhriz Mahathir.
Bayaran khas tunai COVID-19 dibayar secara berperingkat bermula 13 Mei ini – Mukhriz Mahathir.

Bayaran khas tunai COVID-19 dibayar secara berperingkat bermula 13 Mei ini – Mukhriz Mahathir.

ALOR SETAR – Bantuan Khas Tunai COVID-19 di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri Kedah akan dibayar secara berperingkat bermula 13 Mei 2020.

Menteri Besar, Dato’ Seri Utama Mukhriz Tun Mahathir berkata, bantuan tersebut akan dikreditkan terus ke dalam akaun penerima yang layak.

“Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank, bantuan khas ini akan disampaikan secara tunai melalui Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kerajaan negeri pada bulan lalu telah mengumumkan bantuan tunai kepada golongan yang terkesan dengan penularan COVID-19 di mana bantuan berjumlah RM300 akan diberikan kepada setiap penerima terpilih.

Mukhriz menambah, sejumlah 22,579 permohonan telah diterima melalui pusat-pusat khidmat DUN dengan kerajaan negeri telah menetapkan kuota seramai 700 penerima bagi setiap kawasan DUN.

“Namun begitu terdapat sebahagian permohonan didapati bertindih atau tidak lengkap untuk proses bayaran. Permohonan ini akan dikembalikan kepada Pusat Khidmat DUN dan penyelaras DUN untuk dikemas kini dan diproses semula,” katanya.

Tambahnnya, mereka yang layak menerima bantuan tersebut akan dimaklumkan oleh Pusat Khidmat DUN dan penyelaras DUN masing-masing.

“Kerajaan negeri berharap bantuan khas tunai ini dapat mengurangkan beban kewangan rakyat yang terkesan akibat penularan COVID-19,” katanya.

(Visited 4 times, 1 visits today)

COMMENTS