Bayi 20 hari maut di rumah bapa angkat

Bayi 20 hari maut di rumah bapa angkat

Seorang bayi perempuan berusia 20 hari meninggal dunia dipercayai akibat tersedak susu di rumah sewa bapa angkatnya di Forest City, Tanjung Kupang di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, kejadian itu disedari bapa angkatnya, 35, pada jam 10 pagi selepas didapati tidak sedarkan diri.

“Bapa angkat bayi berkenaan yang merupakan seorang mekanik kemudian menghubungi klinik di Tanjung Kupang untuk bantuan. Petugas klinik datang dan melakukan pemeriksaan sebelum mengesahkan kematian bayi tersebut.

“Bayi itu dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johor Bahru untuk bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, bapa angkat bayi berkenaan kemudian membuat laporan polis berkenaan kejadian itu pada jam 3.07 petang semalam.

Katanya, bayi berkenaan dilahirkan di HSA pada 27 September lalu dan kes masih dalam siasatan.

Artikel Penuh : SINAR HARIAN

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )