Bekalan makanan di pusat pemindahan terputus, dimana MB dan Exco?

Bekalan makanan di pusat pemindahan terputus, dimana MB dan Exco?

Sedih, terkejut dan kecewa, itu yang dapat digambarkan apabila mendapat khabar sebuah pusat pemindahan mangsa banjir di Pendang mengalami masalah terputus bekalan makanan.

Lebih memilukan apabila petugas sukarelawan yang bertugas terpaksa mengeluarkan wang poket mereka sendiri untuk menyediakan makanan kepada mangsa banjir seramai 23 orang dari 8 keluarga yang mendapat perlindungan di sini.

Fadhlurrahman Zawawi (kanan) menghulurkan bantuan segera berupa bekalan makanan kepada mangsa banjir di Dewan Cenderawasih, Pendang.

Bertindak atas aduan, Penyelaras Pakatan Harapan DUN Tokai, Fadhlurrahman Zawawi pantas menghulurkan sumbangan segera berbentuk barangan makanan seperti beras, telur, gula, kopi, teh dan biskut beserta bekalan ikan kembung.

Beliau yang juga bekas Penyelaras DUN Tokai melahirkan rasa dukacita diatas kegagalan kerajaan negeri menguruskan perkara ini walhal ianya adalah berkenaan kebajikan rakyat yang ditimpa musibah.

“Tidak sepatutnya perkara sebegini (kekurangan bekalan makanan) berlaku, apatah lagi Dun Tokai sendiri diwakili oleh wakil rakyat kerajaan yang juga Exco kerajaan negeri. Parlimen Pendang juga diwakili oleh Timbalan Menteri, jadi isu peruntukan bukanlah alasan, kenapa rakyat yang ditimpa musibah sebegini diabaikan?” soal beliau lagi.

Sehubungan dengan itu, atas kesedaran dan keprihatinan, beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Amanah Negeri Kedah itu melancarkan pusat pengumpulan makanan dan bantuan mangsa banjir di daerah Pendang yang bertempat di Pusat Khidmat Rakyat PH Parlimen Pendang berhampiran stesen bas Mara Pendang.

Sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menghubungi pusat khidmat rakyat Dun Tokai di talian 010-444 8018 atau menyumbang terus ke akaun Bank Muamalat, (nombor akaun: 02010005628712) diatas nama Pusat Peduli Rakyat Dun Tokai.

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (1 )