Bekas peserta Kilauan Emas meninggal dunia.
Bekas peserta Kilauan Emas meninggal dunia.

Bekas peserta Kilauan Emas meninggal dunia.

Alor Setar – BEKAS peserta Kilauan Emas 5, Wan Mohd Hasbi Wan Jaafar, 45, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, 8.30 malam ini akibat masalah paru-paru.

Isterinya, Norhayati Saad, 45, berkata, suaminya yang lebih dikenali sebagai Hasbi tidak mengalami masalah kesihatan sebelum ini sehinggalah merasa tidak sihat lima hari lalu.

“Petang tadi dia mengadu penat, saya bawa dia ke HSB dan dia terus dirawat di zon merah. Doktor beritahu paru-parunya sudah rosak.

“Semasa dia menghembuskan nafas terakhir tadi saya ada di sisinya, dia pergi dengan tenang,” katanya ketika dihubungi sebentar malam ini.

Norhayati yang mendirikan rumah tangga bersama Hasbi 10 tahun lalu berkata, dia masih terkejut dengan pemergian Allahyarham berikutan suaminya itu seorang yang sentiasa ceria dan suka berjenaka.

Katanya, arwah sebelum ini menyara keluarga dengan menjadi penyanyi tetap di Keriang Hill, Alor Setar.

“Sebenarnya pagi tadi kami baru tiba dari kampung saya di Serada, Kuala Terengganu, selalunya dia pergi ke mana-mana pun akan bawa gitar bersama tapi malam ini arwah tinggalkan gitar di rumah orang tua saya.

“Arwah cakap ambil dan simpan gitar ini untuk kenangan saya, saya ingatkan dia hanya melawak tapi tak sangka dia betul-betul tinggalkan gitar itu di sana,” katanya yang tinggal di Kampung Berjaya, Alor Setar.

Norhayati berkata, jenazah Allahyarham akan dikebumikan pagi esok namun belum dapat dipastikan lokasi tanah perkuburan.

Sebelum menyertai Kilauan Emas 5, Hasbi pernah menjadi penyanyi Kumpulan Storm.

Sumber : Harian Metro.

(Visited 75 times, 1 visits today)

COMMENTS