Bekas Presiden MIC Tun S Samy Vellu meninggal dunia
Bekas Presiden MIC Tun S Samy Vellu meninggal dunia

Bekas Presiden MIC Tun S Samy Vellu meninggal dunia

BEKAS menteri Kabinet, Tun S Samy Vellu meninggal dunia, awal pagi Khamis.

Beliau yang juga bekas Presiden MIC meninggal dunia di Kuala Lumpur, pada usia 86 tahun.

Berita itu dikongsikan oleh bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam dalam satu kenyataan di Facebook beliau, pagi Khamis.

Menurut Subramaniam, berita itu dimaklumkan anak Samy, S Vell Paari.

Samy Vellu yang juga bekas Menteri Kerja Raya menerajui MIC selama 31 tahun sejak 1979 hingga 2010.

Beliau juga merupakan antara menteri Kabinet paling lama berkhidmat, iaitu selama 29 tahun.

(Visited 36 times, 1 visits today)

COMMENTS