BERBELANJA,BERHEMAH DAN JANGAN LUPA PKP - MUKHRIZ MAHATHIR.
BERBELANJA,BERHEMAH DAN JANGAN LUPA PKP – MUKHRIZ MAHATHIR.

BERBELANJA,BERHEMAH DAN JANGAN LUPA PKP – MUKHRIZ MAHATHIR.

Alor Setar- Pasaraya merupakan premis perniagaan yang dibenarkan beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan, kerana fungsinya membekal keperluan harian untuk masyarakat. Kini setiap pasaraya yang beroperasi perlulah mematuhi syarat khas PKP, seperti pelanggan perlu memakai mask sebelum dibenarkan masuk dan setiap pelanggan wajib diuji oleh alat mengukur haba.

Kunjungan YAB Dato’ Seri Utama Hj Mukhriz Tun Mahathir ke Pasaraya Mydin Alor Mengkudu baru-baru ini ialah bagi melihat sendiri operasi pasaraya berkenaan semasa perlaksanaan PKP. Bagaimana pembeli dikehendaki mematuhi jarak sosial antara satu sama lain dan pekerja pasaraya menjalankan kerja mereka tanpa melanggar syarat PKP.

Terdapat beberapa perubahan semasa operasi perniagaan dijalankan, seperti pelanggan ada had ‘semasa’ ketika membeli. Hanya beberapa orang saja dibenarkan berada di dalam satu lorong. Barangan asas utama seperti beras, roti, telur dan ayam pula dihadkan belian pada setiap pelanggan. Ini bagi memastikan semua pelanggan dapat membeli dengan selesa dan tidak terjadinya pembelian panik.

YAB MB juga sempat meramah mesra dengan beberapa orang pelanggan yang sudah tentunya mereka adalah ketua keluarga yang dibenarkan keluar membeli barang keperluan. Ada yang mengadu kesukaran mencari barang, kerana selama ini, membeli barang dapur adalah kerja ‘orang perempuan’ kini mereka terpaksa belajar, ada yang kata macam ‘treasure hunt’ pula rasanya.

Terima kasih kepada pengurusan pasaraya Mydin Alor Mengkudu kerana memberi kerjasama yang baik dan mematuhi syarat PKP. Kita harapkan semua pasaraya lain juga melakukan perkara yang sama.

Berdoalah kita agar bencana wabak COVID-19 ini segera hilang dan kita dapat hidup seperti biasa semula.

(Visited 2 times, 1 visits today)

COMMENTS