BERDOSA JIKA TIDAK PATUHI PKP - Mufti Kedah
BERDOSA JIKA TIDAK PATUHI PKP – Mufti Kedah

BERDOSA JIKA TIDAK PATUHI PKP – Mufti Kedah

ALOR SETAR – Mufti Kedah, Dato’ Paduka Syeikh Fadzil Awang mengingatkan kalangan rakyat di negeri ini supaya patuh kepada arahan kerajaan agar kekal berada di rumah sekiranya tidak mempunyai urusan penting mahu pun keperluan mendesak untuk keluar.

Menurutnya, dalam Islam, terdapat panduan di mana rakyat mempunyai kewajipan untuk mematuhi arahan dikeluarkan oleh kalangan pemimpin.

“Jangan anggap apabila kita melanggar peraturan ini, kita hanya melanggar undang-undang negara. Sebaliknya pelanggaran perintah itu juga sebenarnya merupakan satu kesalahan dalam agama.

“Berdosa sekiranya kita tidak mematuhi arahan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dibuat demi kesejahteraan ummah. Justeru saya berharap semua pihak dapat patuh serta mengelak daripada mengingkari sebarang arahan pihak berwajib dalam menangani COVID-19 ini,” katanya.

Sebelum ini laporan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Kedah memaklumkan, pematuhan PKP di negeri ini cuma pada tahap 87 peratus.

(Visited 15 times, 1 visits today)

COMMENTS