Bersatu semakin nazak, lebih ramai isytihar keluar parti
Bersatu semakin nazak, lebih ramai isytihar keluar parti

Bersatu semakin nazak, lebih ramai isytihar keluar parti

Setelah Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas pengerusi Bersatu yang disingkirkan, mengumumkan penubuhan parti baharu, satu demi satu pemimpinnya mengisytiharkan keluar daripada parti itu. Terbaru, ADUN Jeram, yang juga merupakan Ketua Bahagian Bersatu Kuala Selangor, Mohd Shaid Rosli mengumumkan keluar parti berkuat kuasa hari ini,

Serentak itu, beliau menyatakan menjadi ADUN Bebas yang menyokong Dr Mahathir. Tindakan sama turut dibuat jawatankuasa, ketua cawangan dan majoriti ahli Bersatu Bahagian Kuala Selangor.

“Kami berasakan perjuangan asal parti ini sudah tersasar daripada objektif penubuhannya iaitu melawan sebuah kerajaan kleptokrasi dan menggantikan parti Bersatu sebagai wadah perjuangan bagi orang Melayu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, tokoh wartawan A Kadir Jasin mengumumkan perkara sama dan anggota Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Tariq Ismail Mustafa turut mengumumkan keluar daripada parti itu berkuatkuasa serta merta.

 

(Visited 6 times, 1 visits today)

COMMENTS