BERUSAHA KERAS UNTUK MEMBENTUK KERAJAAN PINTU BELAKANG.
BERUSAHA KERAS UNTUK MEMBENTUK KERAJAAN PINTU BELAKANG.

BERUSAHA KERAS UNTUK MEMBENTUK KERAJAAN PINTU BELAKANG.

Alor Setar – “Mereka berusaha keras untuk membentuk Kerajaan Pintu Belakang .”

Itu yang berlaku kepada pimpinan Pas di Kedah pada hari ini berusaha untuk membentuk Kerajaan di Negeri Kedah selepas mereka tidak mendapat majoriti dari Adun yang lain.

Pimpinan Pas pada hari ini berusaha memujuk Adun-adun dari Pakatan Harapan dan Bersatu untuk bersama dengan mereka. Selain dari memujuk, mereka cuba untuk menelefon adun yang lain supaya bersama dengan mereka mewujudkan Kerajaan di Negeri Kedah ini.

Pimpinan Pas pada hari ini sudah pun mengatur persiapan untuk membentuk Kerajaan, tetapi malangnya mereka tidak dapat sokongan dan majoriti adun dari pakatan harapan dan bersatu untuk merealisasikan hasrat untuk membentuk sebuah Kerajaan.

Antara yang dilamar ataupun dipujuk adalah salah seorang wakil rakyat dari Parti Bersatu.

Katanya “Mereka datang ke Hospital ketika saya menjaga suami saya yang terlantar sakit. Mereka menunggu berjam-jam semata nak berjumpa dengan saya.”

“Mereka datang dengan beberapa orang dari pimpinan Pas untuk memujuk saya supaya menyertai mereka dan seterusnya boleh membentuk Kerajaan Negeri Kedah dari perikatan Nasional,” katanya.

Pimpinan Pas juga sedang memujuk adun lain untuk menyertai mereka, tetapi adun-adun yang ada tetap kekal dengan prinsip bersama dengan Pakatan Harapan demi Mandat Rakyat yang diberikan pada Pru yang lepas dan tidak bercadang untuk mengkhianati amanah yang diberikan oleh rakyat seperti yang berlaku kepada pimpinan di Negeri lain.

Pergolakan politik baru-baru ini berakhir dengan perlantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri Malaysia yang ke -8 mengantikan Tun Dr Mahathir Mohamad yang meletakan jawatan.

Kerajaan pada hari ini dikuasai oleh Bersatu (Muhyiddin ), Team Azmin Ali, Umno dan Pas yang digabungkan menjadi satu Kerajaan yang dipanggil sebagai “Perikatan Nasional”.

Akan tetapi Kerajaan pada hari ini adalah Kerajaan Pintu Belakang yang mendapat kuasa politik dengan cara mengkhianati mandat rakyat malaysia.

Rakyat Malaysia kena sedar apa yang cuba dilakukan oleh Perikatan Nasional ini bagi menguasai Negara ini bersama dengan Pemimpin Kleptokrasi.

(Visited 3 times, 1 visits today)

COMMENTS