BSMM Kedah edar 600 bungkusan makanan tajaan NESTLE Malaysia kepada golongan memerlukan di negeri ini.
BSMM Kedah edar 600 bungkusan makanan tajaan NESTLE Malaysia kepada golongan memerlukan di negeri ini.

BSMM Kedah edar 600 bungkusan makanan tajaan NESTLE Malaysia kepada golongan memerlukan di negeri ini.

ALOR SETAR – Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Kedah hari ini mengedarkan sebanyak 600 bungkusan makanan tajaan Nestle Malaysia Bhd. kepada golongan memerlukan khususnya mereka yang terjejas akibat penularan COVID-19 ketika ini.

Pengerusinya, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Binti Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah bertitah, pemberian bungkusan makanan itu akan diedarkan BSMM Kedah di semua daerah di negeri ini.

“Ini merupakan sebahagian daripada 10,000 bungkusan makanan sumbangan Nestle Malaysia Bhd. untuk diagih-agihkan kepada rakyat memerlukan di negara ini.

“Di Kedah, sebanyak 50 pek akan diagihkan di setiap 12 daerah. Pengagihan akan dibuat oleh sukarelawan BSMM di daerah-daerah berkenaan,” titah baginda selepas melancarkan penyampaian sumbangan tersebut di Pejabat BSMM Kedah di sini, hari ini.

Hadir sama Timbalan Pengerusi BSMM Kedah, Dato’ Nasir Mustafa serta Pengarahnya, Shamsul Bahar Abd Rani.

Selain itu baginda yang juga Pengerusi Nasional BSMM memaklumkan, Nestle Malaysia Bhd. yang merupakan rakan BSMM dalam kempen #responsMALAYSIA bagi menangani COVID-19, turut menghulurkan sumbangan tunai berjumlah RM1 juta untuk membantu BSMM melaksanakan pelbagai program kebajikan demi membantu masyarakat yang terkesan.

“BSMM amat menghargai sumbangan tersebut serta mengucapkan terima kasih kepada semua penyumbang yang sudi bersama membantu golongan terkesan,” titah baginda.

(Visited 4 times, 1 visits today)

COMMENTS