Bubar Parlimen? Bukan masa terdekat - Zahid Hamidi
Bubar Parlimen? Bukan masa terdekat – Zahid Hamidi

Bubar Parlimen? Bukan masa terdekat – Zahid Hamidi

JOHOR BAHRU – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberitahu, desakan untuk membubarkan Parlimen tidak akan dilakukan buat masa sekarang meskipun pihaknya telah melakar kemenangan besar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Beliau berkata demikian ketika diminta menjelaskan adakah parti gabungan itu akan membuat desakan untuk membubarkan Parlimen dalam masa terdekat ini.

“Tidak, tidak, tidak, kita tidak akan lakukan itu (desakan bubar DUN) buat masa ini,” katanya ringkas selepas memberi ucapan bagi meraikan kemenangan BN pada PRN Johor di Bangunan Umno Johor di Jalan Yahya Awal di sini malam tadi.

Sebelum itu, pada malam tadi, beberapa penyokong BN melaungkan ‘bubar Parlimen’ kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang hadir pada sidang media kemenangan BN di PRN Johor.

BN memenangi mendominasi sebanyak 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN Johor sekali gus mencapai jumlah majoriti dua pertiga bagi membentuk kerajaan negeri.

Kemenangan itu juga menyaksikan pesaing lain iaitu daripada Pakatan Harapan (PH) hanya memperoleh 11 DUN, Perikatan Nasional (tiga DUN), PKR (satu DUN) dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (satu DUN).–MG

(Visited 29 times, 1 visits today)

COMMENTS