Buka akaun IG, pelakon 'Squid Game' Park Hae Soo raih hampir 900,000 pengikut
Buka akaun IG, pelakon ‘Squid Game’ Park Hae Soo raih hampir 900,000 pengikut

Buka akaun IG, pelakon ‘Squid Game’ Park Hae Soo raih hampir 900,000 pengikut

NAMPAKNYA kejayaan Squid Game membuka ruang kepada lebih ramai pelakon senior siri popular itu membuka akaun Instagram untuk berinteraksi dengan peminat.

Terbaharu Park Hae Soo yang juga merupakan pemain bernombor 218 dalam Squid Game mengikut jejak langkah rakannya Lee Jung Jae (456) apabila mula berjinak-jinak di laman berkenaan.

“Saya juga turut serta! Ini adalah Park Hae Soo,” tulisnya pada ruangan kapsyen di posting pertamanya.

Akaun yang baru sehari dibuka itu sehingga kini sudah mempunyai lebih 800,000 pengikut.

Malah menerusi perkongsian terbaharunya, dia turut berkongsi akaun Instagram HoYeon Jung.

Sebelum ini Park Hae Soo terkenal dengan penampilannya dalam drama Prison Playbook.

Kini dia meraih populariti di seluruh dunia setelah memegang watak sebagai Cho Sang Woo dalam siri asal Netflix Squid Game itu. —MStar

(Visited 36 times, 1 visits today)

COMMENTS