'Bukan mudah nak ganti Baddrol' - Syazwan
‘Bukan mudah nak ganti Baddrol’ – Syazwan

‘Bukan mudah nak ganti Baddrol’ – Syazwan

Pemain tengah Kedah Darul Aman (KDA) FC, Mohd. Syazwan Zainon menjelaskan tidak mudah untuk mengambil peranan ketua pasukan yang ditinggalkan Baddrol Bakhtiar yang berhijrah ke Sabah FC, musim ini.

Katanya lagi, nama Baddrol selaku ketua pasukan Kedah Darul Aman sudah begitu sinonim dalam kalangan peminat dan ia menjadi satu cabaran buat terbesar buat dirinya bagi memenuhi harapan yang ditanggungnya.

Kendatipun, Syazwan mohon semua pihak supaya beri sokongan tidak belah bahagi kepadanya dan tidak terlampau membandingkannya dengan Baddrol kerana masing-masing ada cara tersendiri.

“Tanggungjawab sebagai ketua pasukan di Kedah sebenarnya membuatkan saya berasa takut dan bukan untuk dibanggakan kerana semua orang tahu ketua pasukan sebelum ini adalah Baddrol.

“Saya gementar jika ada orang hendak bandingkan saya dengan Baddrol Bakhtiar kerana legasi yang dia tinggalkan sangat besar untuk diisi oleh sesiapa.

“Jadi, situasi ini bukan mudah namun harap semua peminat boleh menerima cara saya kerana setiap pemain punyai karakter yang berbeza.

“Apa-apapun, saya masih Syazwan yang dikenali seperti mana dulu dan akan sentiasa bercakap untuk kepentingan rakan sepasukan dan beri arahan kepada pemain jika keadaan memerlukan,” katanya.

Syazwan yang bakal menginjak umur 33 tahun menjadi pemain paling senior dalam pasukan selain Shahril Sa’ari dan Azammuddin Akil di Kedah selepas pemergian Baddrol Bakhtiar dan Rizal Ghazali ke Sabah FC.

Biarpun pernah berhijrah ke Selangor selama dua musim pada 2019 dan 2020, Syazwan sebenarnya telah beraksi bersama Kedah sejak pertengahan musim 2013 hingga 2018.

Dia telah membantu Kedah memenangi pelbagai kejuaraan seperti Piala Malaysia (2016), Piala FA (2017) dan Liga Premier (2015).

(Visited 20 times, 1 visits today)

COMMENTS