Bukti kejayaan penstrukturan Tabung Haji.
Bukti kejayaan penstrukturan Tabung Haji.

Bukti kejayaan penstrukturan Tabung Haji.

Kejayaan Tabung Haji (TH) mencatatkan peningkatan keuntungan sebanyak 82 peratus berjumlah RM1. 25 bilion dengan nilai aset sebanyak RM78 bilion pada setengah tahun pertama 2020 membuktikan kejayaan penstrukturan semula yang diilhamkan dan dilaksanakan oleh PH.

Malahan nilai aset TH juga kini telah kembali lebih tinggi berbanding liabilitinya sebanyak RM1. 9 bilion walaupun sebelum Mei 2018 telah ditinggalkan oleh BN dalam keadaan defisit.

Demikian dinyatakan oleh Adun Permatang Pasir, Faiz Fadzil.

Jelas beliau lagi, pemulihan prestasi kewangan TH ini membuktikan PH ketika mentadbir negara begitu serius mempertahankan kesucian Islam.

“Tahniah juga diucapkan kepada Tun Mahathir, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof dan bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang mengetuai proses penstrukturan tersebut.

“TH merupakan institusi Islam utama negara dan pemulihan ini merupakan tanda aras kejayaan urus tadbir korporat yang baik.

“Penstrukturan semula ini telah berjaya membersihkan TH daripada unsur-unsur penyelewengan yang berlaku sebelum ini, sebaliknya imej dan kesucian Islam pasti tercemar jika TH terus tercalar dengan pelbagai skandal kewangan dibawah pentadbiran BN sebelum ini, ” ujar beliau.

Menurutnya lagi, kerajaan PN yang turut mengakui bahawa TH tidak dimiliki orang bukan Islam jelas memperlihatkan penstrukturan semula ini tetap mempertahankan kesucian insitusi Islam dan amatlah penting dasar urus tadbir korporat baik ini diteruskan supaya prestasi TH terus baik bagi memastikan kepentingan hampir 10 juta pendeposit umat Islam terjamin disamping imej TH dikekalkan bersih.

Persoalannya kata Faiz, apakah kerajaan PN mampu untuk mengekalkan dasar bersih yang diamalkan PH, kini menjadi persoalan rakyat memandangkan Umno sebagai parti komponen PN begitu sarat dengan isu dan kes penyelewengan sebelum ini.

(Visited 1 times, 1 visits today)

COMMENTS