Buruh maut dihempap kren terbalik
Buruh maut dihempap kren terbalik

Buruh maut dihempap kren terbalik

Seorang pekerja lelaki warga Myanmar maut apabila dihempap sebuah kren yang terbalik di sebuah kilang besi di Kawasan Perindustrian Perai, di sini, malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.23 malam berhubung insiden itu.

Susulan itu, katanya, sepasukan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai bergegas ke tempat kejadian.

“Setiba di lokasi, seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an didapati tersepit di bawah kren yang terbalik.

“Kren itu dipercayai mengalami kerosakan dan terbalik lalu menghempap mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Katanya, sebuah kren lain terpaksa digunakan bagi mengalihkan kren yang terbalik itu sebelum mangsa dapat dikeluarkan.

Sumber- Bharian

(Visited 2 times, 1 visits today)

COMMENTS